Saturday 9 January 2016

Iktibar ; Lembaga Di Dubur Kanak-Kanak



Tangisan anak kecil pasangan En Hadi dan isterinya Pn Noriah yang berpanjangan dan dalam keadaan yang sangat menyedihkan membuatkan pasangan ini tidak dapat tidur dengan lena. Tangisan anak kedua mereka yang baru berusia 6 bulan kadangkala seperti orang yang kekejangan membuatkan mereka sangat bimbang dan kerja mereka seharian sangat terganggu. Berbagai cara mereka ikhtiarkan agar anak bongsu mereka ini berhenti menangis namun buntu. Kerapkali mereka ke tempat kerja dengan keadaan letih lesu kerana semalaman tidak dapat tidur. 

Keadaan menjadi lebih kelam kabut apabila anak pertama mereka yang berusia 16 bulan, kami namakan sebagai Amira, juga mengalami masalah kerana hampir setiap kali hendak buang air besar, ia akan menangis kadang-kadang dari pagi hingga ke malam namun masih tidak boleh membuang air besar. Tetapi apa yang menghairankan mereka keadaan sedemikian tidak berlaku setiap kali ia hendak buang air besar.

Rawatan dari pihak hospital juga tidak dapat mengesan apa-apa. Mereka hanya memberinya ubat untuk memudahkan proses membuang air namun keadaan tetap juga tidak berubah. Apabila mereka berikhtiar secara traditional dan rawatan Islam, ternyata adanya gangguan pada kedua-dua anak mereka namun rawatan yang dibuat tidak merubah apa-apa. Keadaan ini berlanjutan berbulan lamanya menyebabkan kedua suami-isteri ini tertekan.

Takdir Allah menemukan kami dan sebaik sahaja kami melihat Amira, seorang perawat kami memaklumkan bahawa dia ternampak adanya lembaga melekat pada punggungnya. Mashaallah, namun saya masih mendiamkan diri sebaliknya hanya mendengar luahan hati kedua pasangan ini. Kebetulan pada masa itu, Amira dari pagi asyik menangis kerana kesakitan tidak dapat membuang air besar.

Setelah menerangkan serba sedikit tentang kaedah rawatan yang akan kami lakukan, maka melalui mediator, lembaga yang melekat pada dubur Amira diseru keluar dan alhamdulillah, akhirnya lembaga itu keluar dan mengakui telah mendampingi Amira dan juga mengganggu adiknya. Amira menangis begitu kuat semasa lembaga itu ditarik keluar namun tangisannya beransur-ansur reda dan kemudiannya mula bermain sedangkan adiknya sudah tidur lena dipangkuan ibunya Pn Noriah.

Lazimnya antara tanda-tanda seorang itu ada pendamping atau sahabat ialah ternampak kelibat, terasa diperhatikan dan terasa seperti ada orang lain bersama kita. Antara tanda-tanda lain termasuklah terdengar suara memanggil kita atau terdengar orang memberi salam. Sekiranya ada di antara pembaca kisah ini mengalami keadaan-keadaan seperti di atas, harap segera bertindak kerana pendamping atau sahabat ini akan diwarisi sebagai saka.

Wabihi wallahu`alam.

1 comment:

  1. Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini ada jiran yang memberikan saya rokok dan makanan,tak lama selepas itu banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
    Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.

    ReplyDelete